Kursus Pelancongan

Kursus Pemandu Pelancong ialah Program di bawah Kementerian Pelancongan & Kementerian Sumber Manusia (Jabatan Pembangunan Kemahiran).

Kelas diadakan pada :

  • Jumaat – 6.30 petang hingga 09.30 malam
  • Sabtu – 10.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Ahad – 10.00 pagi hingga 5.00 petang

Kursus ini sesuai untuk golongan bekerja dan pelajar kolej kerana mereka selalunya bekerja atau belajar pada Isnin – Jumaat

Inilah satu-satunya pembelajaran separuh masa (part-time) yang dibiayai kerajaan.

Selalunya pembelajaran separuh masa (part time) tiada bantuan dan kena keluarkan duit sendiri.

Kursus adalah selama  500 jam selama 6 bulan dijalankan di institut-institut pelancongan sekitar Malaysia.

Pelatih akan menghadiri kelas, praktikal di luar dan peperiksaan. Peperiksaan diadakan pada bulan April untuk kemasukan Oktober manakala Ogos untuk kemasukan Januari.

Bantuan Kewangan daripada Tabung Pembangunan Kemahiran, adalah untuk yuran dan juga wang saku RM400 sebulan.

 

Setelah lulus kursus, pelajar akan dianugerahkan :

1) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

2) Sijil daripada Kementerian Pelancongan (Sijil ini akan membolehkan pelajar memohon lesen menjadi Pemandu Pelancong / Tour Guide bertauliah)

3) Sijil We Are The Host

 

Permintaan kerja sebagai PEMANDU PELANCONG adalah tinggi, dan pendapatannya selalunya lumayan (mengikut hari).

Melaka sebagai negeri pelancongan ialah lokasi yang paling bagus untuk belajar bidang pelancongan.

 

Syarat Kemasukan :

1) 15 – 45 tahun

2) Tidak mendapat bantuan kewangan daripada Agensi lain

3) Sanggup menghadiri kelas pada waktu siang (2 atau 3 kali seminggu)

4) Mengemukakan 2 orang penjamin

5) 6 Subjek Lulus dalam SPM termasuk Bahasa Melayu

 

Syarat Penjamin :

1) 2 orang penjamin (Pendapatan tidak kurang RM700 sebulan) dan umur penjamin antara 21 tahun ke 50 tahun.

2) Jika salah seorang penjamin ialah ibu bapa, tidak perlu mengikut syarat pendapatan dan umur di atas. Tetapi seorang lagi penjamin masih lagi perlu mengikut syarat pendapatan dan umur di atas.

3) Mesti ada akaun CIMB

 

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :

1) Salinan SPM

2) Salinan Kad Pengenalan

3) Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak

4) 2 keping gambar berukuran pasport

 

Setelah 4 dokumen di atas dihantar ke Kolej Sinar, Kementerian Pelancongan akan menilai, setelah diluluskan oleh Kementerian Pelancongan dan Jabatan Pembangunan Kemahiran, pihak institut akan menghubungi pemohon.

 

Alamat Untuk Menghantar Dokumen :

 

ahmadhezrisardi@ymail.com

012-2044590 / 011-23730729

11 Responses to “Kursus Pelancongan”

  1. Fadzli September 11, 2013 at 4:40 am #

    Skrg ni, penjamin kene ada 2 @ seorang saja??? sbb dlm emel kata sorg jer utk sijil tahap 3… ke saya yg slh pndg???

    • Kolej Sinar September 14, 2013 at 8:29 am #

      patutnya ada 2 orang, tetapi skrg PTPK bagi kelonggaran. Cuma 1 orang penjamin saja diperlukan (slip gaji minimum RM700) – sila rujuk laman web PTPK

  2. azrul zikri February 3, 2014 at 5:12 am #

    asrama or tempat tinggal ada disediakan x??

    • Kolej Sinar February 24, 2014 at 1:57 pm #

      ada. lengkap perabot dan fridge – elektrik dan air tak payah bayar – sewa rm150 sebulan saja

    • Kolej Sinar May 14, 2014 at 9:34 am #

      ada, apartmen RM150 sebulan di tepi laut, jalan kaki ke kolej 5 minit saja

      • faez August 20, 2014 at 1:27 am #

        asrama ni sorang atau ramai2

  3. balqis March 20, 2014 at 3:11 pm #

    Salam.klu ingin dftarkn diri pd bln ni(mac/april) boleh lg ke?sinar ni under kerajaan ke?

    • Kolej Sinar May 14, 2014 at 9:15 am #

      kursus pemandu pelancong adalah di bawah kementerian pelancongan

      • nazrin July 8, 2014 at 5:31 am #

        kalu amek kursus pemandu pelancong tu terus boleh dapat lesen sah pemandu pelancong ke ada lagi peperiksaan atau kursus dari kementerian??

  4. hakimi July 8, 2014 at 8:15 am #

    mohon brtanya yuran pendaftaran berapa yg d kenakan??

  5. Mohamad Haqimie Sabri July 8, 2014 at 3:45 pm #

    yuran untuk pendaftaran berapa yer?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: